Pages

Sunday 2 October 2011

Majlis Perkahwinan Perlu Ada Pendinding Ini Kisah Benar Kejadian Tersebut

Assalamualaikum

Apa maksud Pendinding? Pendinding ialah satu amalan atau bacaan yang akan melindungi diri kita daripada bencana atau amalan ilmu hitam dari masuk ke dalam diri kita tanpa kita sedari ianya berlaku secara tak diduga.

Tajuk kali ini memang lain dari tajuk kutooo sebelum ini, apa penyebab kutooo membuat entry sebegini? ini kerana perkara tersebut benar-benar terjadi di hadapan mata dan cerita dari mulut-mulut orang.

Mengapa perlu pendinding untuk diri kita, adakah ia penting? ia sebenarnya penting! kutooo akan menceritakan pengalaman misteri yang berlaku di sekitar kawasan kutooo tentang kejadian aneh yang berlaku di majlis perkahwinan.

Sebelum itu cerita dari mak ayah kutooo tentang kejadian misteri berlaku di kampung lama kutooo. beliau menceritakan kejadian ilmu hitam yang mengangu majlis perkahwinan tersebut. satu family termasuk pengantin perempuan bergaduh sesama sendiri tanpa sebab dan memaki-maki hamun. Tak cukup dengan itu parang juga jadi bahan untuk mereka bergaduh. so apa punca sehingga berlaku pergaduhan besar semasa majlis perkahwinan beliau berlangsung? mana ada orang yang membuat majlis akan memalukan majlis mereka sendiri. cuba fikir secara logik? ini adalah berpunca dari orang yang iri hati dengan perniagaannya supaya majlis perkahwinan tersebut akan gagal. Dengan menggunakan ilmu hitam sahaja si perlaku menghantar makhluk yang berupa Jin supaya masuk kedalam badan keluarga tuan rumah. Mereka semua tiada pendinding, so senang sangatlah jin-jin ini memasuki badan mereka. dipahamkan hampir Magrib perkara ini selesai dengan bantuan ustaz yang pakar.

Ini pengalam kutooo pulak, ceritanya hampir sama tetapi lain sedikit. di majlis perkahwinan belah perempuan. latar belakang perempuan itu adalah berstatus janda. pada kemuncak majlis, berlaku kejadian rasukan bukan keatas penganting perempuan tetapi kepada adik beliau kerana si penganting perempuan telah ada pendinding. yang pelik nya kenapa si adik yang kena? ini kerana makluk itu mahu memasuki badan pengantin perempuan tetapi gagal dan cara kedua ialah makhluk ini akan mencari mereka yang bekerja keras untuk sesuatu majlis itu, so adik nya adalah individu paling bekerja keras dalam melaksanakan majlis tersebut. suasana kecoh berlaku apabila kejadian itu berlaku. dan kemudian si adik di bawa ke rumah akak iparnya yang tidak jauh dari situ. setelah tiba disana dan diubati tiba-tiba makluk itu berpindah kepada akan iparnya. dan suasana menjadi pelik, setelah akak iparnya kembali reda si adik perempuan itu dirasuk kembali. 

Kejadian ini berlaku semalaman.. akak ipar tersebut telah kembali pulih tetapi adik perempuan itu tidak sembuh. sehingga lah keesokan hari keluarga mereka nekad untuk berjumpa dengan ustaz yang berada di benut ustaz Fuad. tetapi kutooo tak tahu siapa beliau. dan setelah berjumpa ustaz tersebuat barulah mereka kembali pulih. kejadia tersebuat berlaku kerana si bekas suami belah perempuan yang menghantar sesuatu bertujuan untuk merosakan majlis.

ok dipendekkan cerita kepada mereka yang rasa-rasa diri mereka tidak selamat untuk mejalankan majlis-majlis sebegini kutooo sarankan supaya lindungi lah diri anda dengan Pendinding. ia juga akan berlaku sekiranya siperempuan atau lelaki jadi rebutan orang. INGAT PENDINDING BERASASSKAN ISLAM BUKAN PENDINDING ILMU HITAM!!!

Doa Pendinding Diri 1

click untuk lebih besar

 Doa Pendinding Diri 2

Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi  dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang  hari dan dari kejahatan jalan-jalan  dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.


JIKA KITA PERCAYA BENDA-BENDA SEMUA INI KITA KITA AKAN KEMBALI KEJALAN ALLAH. ALLAH JUGA ADA MENYATAKAN TENTANG PERCAYA KEPADA JIN. JADI ANDA MESTI PERCAYA DIZAMAN MODEN INI PUN AKAN BERLAKU JUGA PERKARA-PERKARA ANEH.

8 comments:

Unknown said...

menakutkan..

Admin said...

aku pun penah tgk bende ni...mmg berlaku....

Mia Liana said...

takutnya.. nasib dah kahwin...

ericoanaci said...

tau tak pe

ericoanaci said...

tau tak pe

nazirah said...

ish takotnye pes time dgr bende cenggini aish manusia skrg tak pikir baik burok ek aih

ku-cit said...

nampak mcm drama dlm tv tp sbenarnya mmg realitikn

tiefazatie said...

scary nya..baru tau nie..tq 4 sharing eh..