Pages

Thursday 2 January 2020

JAWATAN TETAP KOSONG LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA TAHUN 2020

JAWATAN KOSONG 1 JAN 2020 - 2 FEB 2020


Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :-

DOWNLOAD BORANG LENGKAP DIBAWAH



CARA PERMOHONAN 
1. Bagi pemohon yang berkelayakan, komited dan berdedikasi dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan kosong yang tersebut. Borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh dimuat turun melalui laman web LPNM http://www.mpib.gov.my 

2. Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat. 

3. 1 borang hanya untuk 1 jawatan sahaja. Sila gunakan borang berasingan sekiranya memohon lebih dari 1 jawatan. 

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi tiga tahun terkini berturut- turut, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan. 

5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri. 

 6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 Tahun dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap permohonan TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh LPNM. 

7. Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut: i) Salinan Sijil Kelahiran ii) Salinan Kad Pengenalan iii) Salinan Lesen Memandu iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah v) Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip lengkap – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR vi) Surat sokongan/kebenaran vii) Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini) viii) Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini) 

 8. Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat dibawah sebelum atau pada 02hb Februari 2020 (Ahad);

Ketua Pengarah, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, JOHOR DARUL TAKZIM. (U/p : Bahagian Khidmat Pengurusan – Unit Pengurusan Sumber Manusia)

DOWNLOAD IKLAN DAN BORANG <DISINI>

No comments: