Pages

Wednesday, 21 November 2012

Lagenda Budak Setan 2. 'Katerina': Di pawagam 29 November!



Di Pawagam Malaysia: 29 November 2012 Penerbit: Sharad Sharan (Lagenda Budak Setan, Ombak Rindu) Pengarah: Sharad Sharan Pelakon: Farid Kamil, Maya Karin, Bront Palarae 



Sinopsis Lagenda Budak Setan 2 – Katerina

Lagenda Budak Setan 2 – Katerina merupakan sebuah sekuel dari Lagenda Budak Setan 6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih sayang dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah.

Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya. Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta.

Katerina memperkenalkan Kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu.

Tidak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya.

Ketika itu, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukul Kasyah hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis.

Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja.

Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut.

Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran.

Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begitu juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa sayang yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah.

Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Meskipun Kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam.

Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate tidak akan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya. Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada.

Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya.

Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian.
Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati.

Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya.

Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah.
Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean.

Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar. Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi, tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula. Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tidak akan menemui titik noktahnya.

Monday, 12 November 2012

Superbike 1 Malaysia 1MBW


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap golongan penunggang motosikal berkuasa tinggi di negara ini akan bertambah kerana Malaysia berpotensi menjadi hub penunggang motosikal jenis itu di rantau ini.  "Saya menganggap ini sebagai titik permulaan kepada masa depan di mana kegiatan menunggang ini akan memuncak dan akan bercambah kepada bilangan yang jauh lebih besar lagi," katanya.






Dikatakan juga Malaysia bakal menjual dengan harga yang murah berbanding sekarang.. Alhamdullillah syukur lps ni kutooo mampu memiliki motobike ini. geram rasa nya lihat orang lain bawak sesekali nak merasa jugak.. he3 bru lah kekacakan kutooo menyerlah..



Wednesday, 24 October 2012

Akta Iklan Palsu Dan Mengelirukan

Baru-baru ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi penubuhan Jawatankuasa Pengiklanan menubuhkan satu akta bermula 1 Januari depan, semua iklan palsu atau mengelirukan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan denda antara RM50,000 hingga RM1 juta dan penjara antara tiga hingga lima tahun.


 
So jelas kan.. tapi korang perasan tak dekat iklan di Malaysia mahupun didunia ini kebanyakkan akan memaparkan iklan yang mengelirukan kepada kita semua sebagai contoh ysng dikatakan oleh Menteri tersebut sekiranya didalam iklan makanan menunjukan burger itu nampak menyelerakan bersaiz besar tetapi apabila kita beli jauh dari panggang dan api.. saz burger kecil dan tidak menyelerakan? betol tak?


rasa nya semua dah pernah makan kot makanan dkt atas ni? betol tak? ermmmm 





Iklan ni lagi kutooo meluat "iklan rambut" ermmm paham2 sendiri lah malas lah nk jelas kan... opsss lupa nk komen cantik rambut singa tu yerk... ohhh tergoda aku dgn iklan tu nk beli satu lah... he3



tapi ada satu iklan yang boleh kutooo percayai... tp harap korg jangan terpedaye dgn iklan ni HARAM... 





 

Friday, 12 October 2012

Korek Hidung


Setiap manusia tak lepas dari melakukan korek mengorek ni. tapi ari ni kutooo nak tekankan kepada si pegorek hidung yang gemar mengorek hidung di khalayak ramai.


emmm agak keterlaluan tp perkara ini sangat-sangat best... hu3

kutooo tau lah ni satu kewajipan seseorang tuk membersihkan diri dari kotoran. tapi ada batas nya... he3

kepada pengorek hidung tegar janganlah kamu korek hidung dengan cara ini.....







jgn campak di merata-rata tempat..... kalau jatuh dkt lantai tak apalah. ni kena org beb!!.. takkAn nk tgor " sorry taik idung aku terkena dekat ko lah"confirm kena penampar free....





ni lagi satu kes... hati2 lah nak membuang tu. jgn sampai masuk kedalam makann org... dah dia ingat tukang masak tu letak garam lebih pulak..


ni paling best kesat taik hidung dekat didinding-dindng atau di tempat-tempat duduk awam... punca nya kerana taik hidung tu terlalu melekit dan berair.. nak buat bola pun tak jadi, so kesat jer lah mana-mana tempat.. he3




sedar lah sikit siperlaku sekalian, pengotor siotttt tabiat korang ni.... kalau boleh janganlah taik idung korang menggangu orang disekeliling, DIORG PUN NAK HIDUP DGN AMAN... 


emmm kutooo syorkan korang makan jer taik idung korang daripada kasik makan dkt org he3.. kalau ada yang geli tu kutooo syor kan buang dalam tong sampah.. keh keh keh..



sedap tak belacan goreng korang?
-TAMAT-