Pages

Monday, 19 January 2015

Jom Boikot Lagu AJL untuk next year #AJL30 #Boikotajl30

jom ramai2 boikot ajl30 dngan hashtag #boikotajl30

antara komen2 negatif yg aku copy paste, mby juri akan kati rakyat malaysia ni tak mahir lah tak arif lah bla. bajek dia yg arif jer. pekak kot. jom baca komen2









Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 29


Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 29

Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 29
Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
Hazama – Malaikat
Yuna – Lelaki
Alyah – Sesal Separuh Nyawa
Bunkface dan Amy Search – Rentak Laguku
Hafiz – Matahari
Dato Hattan dan Waris – Gadis Jolobu
Indah Ruhaila – Percayalah
Stacy – Gilalah
Mojo – Romancinta
Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
Shila Amzah – Masih Aku Cinta



Saturday, 17 January 2015

Penonton histeria semasa tonton film villa nabila

Histeria tgh tgk wayang cite Villa Nabila: http://youtu.be/TqxXFoyPUM0

Monday, 17 November 2014

Video Upin dan Ipin Ultraman



Wah wah waaaaa sekarang ini animasi Malaysia lescopaque bukan main rancak sekali menhasilkan cerita upin ipin berkerjasama dengan Ultraman. heeee memang dasyat betol. citer feberet aku tu masa kecik-kecik. 


wacaaaaa..... kalau zaman kecik2 kalau nk buat aksi gaduh mesti jadi otomen. tak pon jadi ko ko power ranges...


kutooo mmg sangat teruja betol otomen di jemputt khas dlm siri kali ni. yg pelik nya ultraman tu manusia... upin ipin tu katun??? macam mana boleh bergabung ni yerk. heeee... pelik kan... 


ahh lantaklah lagi pon dua2 pon kartun. heee

disini korang bacalah sedikit kisah jalan cerita ni..

Dalam episod kali ini, siri animasi Upin dan Ipin menampilkan watak istimewa iaitu ultraman yang dikenali sebagai Ultraman Ribut. Upin, Ipin dan kawan-kawan berperanan sebagai ahliDefense Rescue Force yang membantu Ultraman Ribut menetang Raksasa Kilat dan Raksasa Halilintar daripada terus mengganas dan memusnahkan Bumi. Kedatangan raksasa tersebut ke bumi disebabkan oleh pencemaran yang berlaku di kota dan di desa. Di akhir cerita ini, Upin, Ipin dan kawan-kawan serta Ultraman Ribut berjaya mengalahkan raksasa tersebut. Upin dan Ipin juga sedar yang mereka perlu sentiasa menjaga bumi supaya tidak dicemari.



Sunday, 17 August 2014

Kisah Lama Dibunuh kerana ingin menubuhkan bank melayu




Orang ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia.

Tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapa bapanya, Allahyarham Maarof Zakaria. Bagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof, bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat beli beli Bangsar.

Siapakah Maarof sebenarnya hinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di antara laluan utama yang menjadi laluan beribu pengguna setiap hari. Allahyarham sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan.

Maarof anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973).

Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 November 1909 - 7 November 1991).

Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street, di ibu negara.

Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya ia melalui sistem perbankan yang sistematik.

Namun, sayangnya niat murni tokoh itu disalah tafsir pihak tertentu yang tidak mahu melihat tahap kesedaran Melayu terus meningkat dan dilihat menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik Cina iaitu Overseas Chinese Banking Corporation.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kematian pengasas Malay National Bank, Maarof Zakaria, sebagai tragik dan sangat menyedihkan kerana ia berlaku ketika peguam itu berusaha membantu orang Melayu keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi penubuhan bank.

Bekas Perdana Menteri berkata, jasa Maarof sangat besar dan beliau orang Melayu yang berani menubuhkan bank untuk membantu kaumnya, ketika itu.

“Ketika itu, orang Melayu jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan hidup dalam kemiskinan. Bank yang ada ketika itu tidak mahu memberi bantuan atau pinjaman modal kepada orang Melayu.

“Justeru, ada suara yang meminta dan mendesak supaya sesuatu dilakukan untuk membantu orang Melayu.

sumber musramrakunman