Pages

Wednesday, 12 September 2012

Malindo Airways Syarikat Penerbangan Tambang Murah ke Dua Malaysia

Secara tiba-tiba  Negara mempunyai 3 penerbangan utama di Malaysia. Pertama Mas Airlines, Kedua Air Asia dan yang terkini Malindo Airways.
Siapa di sebalik Malindo Airways ni? ok ini latar belakang secara ringkas ia adalah sebuah syarikat penerbangan tambang murah ke dua Malaysia yang diusahakan oleh syarikat National Aerospace & Defense Industries Sdn. Bhd. yang barangkali tergolong dari syarikat GLC, dengan PT Lion Group yang mengusahakan Lion Air dan berpusat di Indonesia. 


Waa ini adalah satu pesaingan sihat antara ke tiga3 syarikat penerbangan Malaysia. Dari segi harga confirmlah. Malindo juga akan menggantikan Air Asia yang enggan berpindah ke KLIA? tulah lain kali jangan jual mahal sangat org suh pindah ko tak nak pindah merasa lah ko kali ni he3.. lps tu kutooo nak tengok perang harga diantara ketiga-tiga syarikat ini.. baru lah senang hendak memilih yang terbaik..

SAMSUNG S111 HERE

Malindo Airways penerbangan murah kedua Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Malaysia akan mempunyai sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah iaitu Malindo Airways yang akan memulakan operasinya Mei tahun depan.
Malindo Airways merupakan sebuah syarikat penerbangan kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dan P.T. Lion Grup dari Indonesia.
NADI akan menguasai sebanyak 51 peratus kepentingan dalam Malindo Airways, manakala selebihnya daripada P.T. Lion Grup.
Buat permulaan, sebanyak 12 pesawat Boeing 737 dijangka beroperasi di bawah Malindo Airways yang menghubungkan kota-kota besar Indonesia ke Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur akan digunakan sebagai pusat penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia.
Pengarah Presiden P.T. Lion Grup, Rusdi Kirana berkata, Malindo Airways akan berpangkalan dan beroperasi di KLIA2, Sepang, Selangor.
Katanya, selain Kuala Lumpur, Bali di Indonesia juga akan dijadikan sebagai pusat penerbangan Malindo Airways ke Australia.
“Jadi, para penumpang dari KLIA2 boleh menggunakan Bali sebagai transit ke Australia," katanya.
Beliau berkata demikian pada taklimat media selepas menandatangani perjanjian kerjasama di antara NADI dengan P.T Lion Grup di sini hari ini.
Hadir pada majlis Presiden NADI, Tan Sri Ahmad Johan. - UTUSAN

2 comments:

ku-cit said...

naper firefly tak msk senarai???

ericoanaci said...

firefly ade lagi ker? ha2 ingat kan dah tak ujud.. tp tu bawah MAS. tak boleh join.. he3